Latiahan Perbarisan
Sunday, June 29, 2008
Hari Koperasi Sekolah
Puan Pengetua, memberi ucapan & merasmikan Hari Koperasi Sekolah
Tema: "Koperasi Sekolah Memupuk Keusahawanan"
Sambutan Hari Koperasi Sekolah diadakan pada 26 Jun 2008 (Khamis) bertempat di dewan sekolah Blok F, dirasmikan oleh Puan Pengetua, Hajjah Shamasiah binti Mohd Radhi.
Sambutan Hari Koperasi 2008
Tema: "Koperasi Sekolah Memupuk Keusahawanan"
Sambutan Hari Koperasi Sekolah diadakan pada 26 Jun 2008 (Khamis) bertempat di dewan sekolah Blok F, dirasmikan oleh Puan Pengetua, Hajjah Shamasiah binti Mohd Radhi.
Antara program yang diadakan sempena sambutan HKS ialah Acara Perhimpunan Khas di mana pada majlis tersebut telah dianugerahkan Anggota Lembaga Koperasi Terbaik Tahun 2008 iaitu Nurul Kariemah bt Mohamad dari kelas 5 Cerdik. Bacaan perutusan HKS juga disampaikan oleh 3 orang pelajar ALK iaitu Nurul Kariemah Mohamad, Tg Nor Hasyimah Tg Azmi dan Nur Syukriah Hanin. Selepas itu acara penyerahan lencana HKS telah disampaikan oleh pengetua untuk diedarkan kepada anggota yang aktif dalam sambutan HKS ini.
Tuesday, June 24, 2008
Ahli Persatuan Sains Mencari Bahan ....
Ketua Pengarah Persatuan Sains SMA Khairiah, cikgu Mahdini binti Muda begitu bersungguh memberi taklimat
Cg. Husainiah memberi tunjuk ajar dan tidak ketinggalan cg Anizah... rajin-rajin belaka cikgu sini
Riuh-riuh kedengaran di luar makmal. Kenapa?
Rupa-rupanya... macam cikgu Mahdini.
Ahli-ahli Persatuan Sains menyerbu makmal komputer pada pukul 3.00 - 4.00 petang.....
Cikgu Mahdini, Cikgu Husainiah dan cikgu Anizah mengetuai kumpulan pencari makanan berkhasiat. pencarian mereka menggunakan Internet.. seramai 80orang ahli menyertainya.
Tahniah ! Persatuan Sains ...
Hari Konferan 24 Jun 2008
Ketekunan guru wajar mendapat kepujian.
Ketekunan Cikgu Hayati menerangkan perkara yang patut dilakukan dan menjauhi amalan-amalan yang kurang sihat mendapat perhatian.
Ustazah meneliti markah yang
diperolehi....
Kesungguhan Teacher Wan Zu memberi penerangan dan pandangan
Suasana Hari Konferan amat meriah. banyak persoalan dikemukakan dan banyak rumusan dapat dipungut. Program seperti ini wajar diadakan kerapkali terutamanya kepada pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5.
Subscribe to:
Posts (Atom)